Tentang Kami

Pantas Unggul 78 Enterprise adalah sebuah anak syarikat Din JJ Autopart (M) Sdn Bhd. Syarikat kami telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 16 April 2017 dan juga merupakan penjual dan pembeli kereta dan alat ganti kereta terpakai yang berdaftar.

Kami adalah penjual dan pembeli kereta terpakai pelbagai jenis dan jenama serta menjamin kualiti kereta yang di dapati di showroom kami. Semua urusan tukar milik, insurans dan cukai jalan akan diuruskan oleh pihak kami untuk kesenangan pelanggan kami melalui perkhidmatan E-Auto.

Selain membeli dan menjual kereta terpakai kami juga merupakan agen penarik kereta yang berdaftar dengan PIAM dan AMM Malaysia serta memiliki lesen perlupusan kereta. Kami menawarkan servis pembaharuan insurans, cukai jalan dan tukar milik kenderaan di pejabat kami kepada umum.